PSIKOLOGI KOGNITIF

Wednesday 30 November 2011

PROSES BAWAH KE ATAS

Bagaimana kita mengenal pasti sesuatu corak atau bentuk?

  1.           Proses pengecaman bermula daripada bahagian-bahagian kecil perlu sesuatu corak, yang dijadikan asas kepada pengecaman keseluruham corak tersebut.


Contoh :
impresi kita tentang bentuk di bawah adalah satu siri lapan titik hitam



Dan sekiranya titik-titik hitam ini membentuk corak,

 

Kita cenderung untuk melihat corak empat set dua titik dan adalah agak sukar untuk kita menyusun semula corak ini dengan membayangkan titik yang pertama sendirian, yang kedua bersama yang ketiga, yang keempat dengan yang kelima, dan yang keenam bersendirian.

Sekiranya titik-titik yang sama disusun seperti berikut :
                         
                                   
        
                 Kita cenderung melihatnya sebagai segi empat         
Walaupun penyusunan semula wujud secara spontan,ia boleh dikawal


PENGECAMAN POLA

TEORI GESTALT

Pengasas : Max Weithemer
Prinsip : Pandangan keseluruhan adalah berbeza daripada kombinasi bahagian-bahagian kecil
Memperkenalkan phi-phenomenon pergerakan yang boleh dilihat disebabkan oleh pertukaran rangsangan yang berbeza dengan cepat (seperti motion picture) yang menyusun rangsangan kepada satu kaitan yang menyeluruh.
Contoh : 
not-not muzik digabungkan menjadi melodi
  • Penyusunan bentuk melibatkan semua rangsangan yang bekerjasama untuk melahirkan impresi yang menyentuh semua jumlah sensori.
  • Sesetengah bentuk atau rangsangan, cenderung disusun secara semulajadi atau secara spontan.


AMBANGAN SENSORI

    Ambangan Mutlak (absolute threshold)
  1.       Magnitud terkecil dan jumlah minimum stimulasi yang boleh dikesan oleh organ deria.
  2.       Lazimnya rangsangan tahap ini tidak dapat dikesan oleh organ deria.
  3.       Pengesanan rangsangan bergantung kepada kekuatan rangsangan dan keadaan fizikal dan psikologi individu.
 Ambangan Perbezaan (difference threshold)
  1.       Jumlah minimum perubahan dalam rangsangan yang boleh dikesan
  2.       Perbezaan yang terkecil di antara dua rangsangan (yang sama) supaya ia boleh dibezakan.
  3.       Ia bergantung kepada kebolehan individu dan situasi
Weber dan fechner mengatakannya sebagai ‘just noticeable difference’
  1.       Kajian menunjukkan bahawa Weber’s law sesuai untuk kekuatan rangsangan yang sederhana berbanding rangsangan yang mempunyai kekuatan yang tinggi.
Contoh : jnd untuk berat ialah 2%. Sekiranya berat arif 50kg berat, kita Cuma boleh sedar perubahan sekurang-kurangnya 1kg.

{ 2/100 x 50 = 5-/50 = 1kg }

Sekiranya berat Arif 100kg, kita cuma boleh sedar perubahan sekurang-kurangnya 2kg.

RANGSANGAN



    RANGSANGAN :
  1.       Sebarang perubahan yang berlaku dalam bentuk tenaga fizikal yang didaftarkan oleh penerima rangsangan.
  2.       Permulaan bagi kedua-dua proses (sensori dan persepsi) adalah rangsangan (satu bentuk tenaga seperti cahaya/ bunyi) yang boleh memberi kesan kepada organ-organ sensori (mata atau telinga)
  3.       Sesuatu tenaga fizikal hanya boleh diistilah sebagai rangsangan apabila diterima dan didaftarkan oleh penerima rangsangan. Gelombang udara, pancaran ultra ungu atau atom-atom yang berkeliaran di ruang udara tidak didaftarkan sekalipun diistilah sebagai tenaga fizikal.

    APLIKASI DALAM VISUALISASI


    SENSORI
    kita mengesan tanda-tanda hitam di atas buku yang dibaca.
    PERSEPSI :
    kita menyusun tanda-tanda hitam kepada huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang boleh difahami.

    SENSASI DAN PERSEPSI

    PENGERTIAN

    apa yang anda nampak?
    dan apabila anda rumuskan ia kepada dan memberik makna kepada gambar tersebut ia menjadi persepsi

    SENSASI :
    •       Proses yang mengesan rangsangan daripada tubuh badan atau persekitaran.
    •       Proses asas atau pengalaman yang terjadi apabila sesuatu rangsangan merangsang penerima rangsangan.

    PERSEPSI :

    • Proses yang menyusun sensori-sensori kepada sesuatu yang memberi makna.


    Teknik Pengesanan Neurofisiologi


    Cat Scan
    • Untuk mendiagnosis pelbagai keadaan patologikal otak (tumor darah beku multiple soierosis)
    • Untuk mengkaji fungsi-fungsi otak dengan melihat kemampuan tingkah laku individu yang mengalami kerosakan otak.

    Posittron emission tomography (PET SCAN)
    • Membolehkan pakar perubatan meniai kandungan aktiviti metabolik di pelbagai bahagian otak

    Magnetic resonace imaging (MRI)
    • Misi menyamai Cat Scan tetapi ianya tidak menggunakan radiasi.
    • Memperlihatkan grafik otak dengan lebih jelas
    • Lebih mahal serta ekslusif kepada institusi kajian dan pusat perubatan yang besar sahaja.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...