PSIKOLOGI KOGNITIF

Wednesday 23 November 2011

Perhatian


Keperluan perhatian.

Kanak-kanak
-          Membesar dan berkembang
-          Menjaga diri dari kecedaraan
-          Meningkatkan kemahiran social

Dewasa
-          Mengelak bosan
-          Perhubungan

Definisi
-          - Adalah proses kognitif yang menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara dan menghiraukan       perkara-perkara yang lain. (wikipedia)
-         -  Perhatian merupakan pemusatan atau konsentrasi dari seluruh aktiviti individu yang ditujukan kepada sesuatu atau sekumpulan objek.

Ciri-ciri
 Perhatian Selektif
-          - Adalah penerima memilih satu sumber informasi yang paling penting dan mengabaikan informasi yang lain.
-         -  Faktor-faktor yang memengaruhi perhatian selektif adalah harapan, stimulus, dan nilai-nilai.

Model pemerhatian berpilih  Broadbent
-          Bottleneck theory of attention: Maklumat hanya boleh diterima melalui satu sumber sahaja.
-           Bentuk model yang sama dengan huruf 'Y', melambangkan dua sumber maklumat yang masuk dengan kedua-dua lengan Y dan satu sumber terakhir yang diiktiraf, melalui penapis. Penapis ini melambangkan lokasi pilihan untuk perhatian.
-          Broadbent (1957) telah membangunkan model penapis untuk menjelaskan cadangan bahawa gangguan berlaku sebelum pengiktirafan corak, dan perhatian yang menentukan maklumat apa yang sampai ke peringkat pengiktirafan corak.
-          Model ini menegaskan bahawa penapis selektif membolehkan maklumat yang datang dari hanya satu saluran pada satu-satu masa, ke dalam ingatan kerja.

Dichotic listening
-          - Adalah penerimaan dua informasi dalam satu masa melalui kedua belah telinga.
-          - Orang menerima informasi melalui dua belah telinga mengikut urutan. Seperti dari telinga kanan ke kiri atau dari telinga kiri ke kanan. (Broadbent, 1954)
-          - Dalam Dichotic listening task. Orang dikehendaki memakai set headphones dan mendengar dua jenis informasi ke dalam dua belah telinga dan dikehendaki untuk focus dalam dua informasi tersebut.
-          - Experiment yang dibuat oleh Cherry (1953) didapati bahawa pendengar itu tidak dapat  memperoleh informasi itu secara detail seperti memastikan jantina yang bercakap dalam headphones tersebut.

Model Pemerhatian Berpilih Treisman (Attenuation Model)
-         - Pemerhatian berpilih memerlukan stimuli ditapiskan agar diarahkan.
-        - Penapisan Treisman ini lebih kepada mengurangkan atau memerlahankan bahan tertentu yang diterima oleh stimuli. (www.simplypsychology.org/)
-         -  Attenuation model ini adalah seperti memerlahankan bunyi-bunyi lain yang berada dalam bilik seperti radio,tv dan computer agar dapat mendengar panggilan ibu.

 Experiment
     Shadowing task
-         -  Memerlukan seseorang untuk mengulangi apa yang didengar dalam earphone.
-         - Salah satu contoh yang dibuat oleh (Ingram, Berner, and McLaughlin 1994) mendorong mood negatif dengan menyuruh seseorang untuk memikirkan perkara negatif yang telah berlaku sambil mendengar lagu sedih.
-         - Ia adalah mudah untuk untuk menumpukan perhatian kepada beberapa simple stimuli secara serentak berbanding dengan stimuli atau tugas yang complex.
-         - Contoh; anda mendapat membaca tv guide, menonton televisyen dan bercakap dengan kawan secara serentak tetapi apabila menonton dokumentari yang complex atau membaca buku psychology memerlukan semua perhatian untuk satu aktiviti tersebut.

Proses Automatik
-         - Adalah proses dimana jika membuat perkara berulang kali sampai tahap boleh mengulangi tanpa memikirkannya. Disebabkan ini, anda boleh memikirkan perkara lain sambil melakukan sesuatu.
-         - Contoh; anda sedang membawa kereta sambil mencari alamat rumah. Membawa kereta itu adalah proses automatik dan mencari alamat adalah proses sedar.

Perkara yang menggangu perhatian
-          - Tidak cukup rehat ataupun tidur.
-          -  Kecederaan otak.
-          - Autism.
-          - deficit hyperactivity disorder (ADHD)

Aktiviti meningkatan perhatian.
-         -  Meditasi
-         -  Puzzle
-         -  Ubat-ubat tertentu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...